Kapal RORO di pelabuhan untuk penghantaran kereta ke Sabah Sarawak

Servis RoRo (Roll-on Roll-off)

Solusi penghantaran kenderaan paling efisien. Kereta dipandu masuk dan keluar dari kapal, disimpan di dek berbumbung yang selamat.

Paling Ekonomi Jadual Mingguan Insurans Marin

Kalkulator Kadar Segera

Semak harga terkini 2026 dalam masa 3 saat

ANGGARAN HARGA KASARRM 0.00

Harga adalah anggaran kasar tertakluk kepada perubahan semasa surcaj bahan api (BAF) dan kekosongan slot. Untuk Jockey Drive, harga tertakluk kepada kondisi kenderaan (boleh jalan). Car Carrier tertakluk kepada jadual lori (3-7 hari bekerja).

Bagaimana RoRo Berfungsi?

Lihat simulasi pergerakan kenderaan anda.

VTC PORT (ASAL)VTC PORT (DESTINASI) RORO SHIP
1. Serahan VTC
2. Loading
3. Pelayaran
4. Unloading
01. VTC Port

Kereta disimpan di Vehicle Transit Centre (VTC) pelabuhan sebelum kapal tiba. Kawasan berpagar dan berkawal.

02. Loading

Pemandu profesional (Stevedores) memandu kereta masuk ke perut kapal melalui 'Ramp' khas.

03. Unloading

Di destinasi, kereta dipandu keluar dan diletakkan di yard pelabuhan untuk serahan kepada pemilik.

Apa Itu Kapal RoRo?

RoRo (Roll-on/Roll-off) ialah kapal yang direka khas untuk membawa kenderaan: kereta dipandu terus naik ke dek kapal melalui ramp, diikat kemas (lashing), dan dipandu keluar semula di pelabuhan destinasi — tanpa kren dan tanpa kontena. Sebab itulah ia kaedah paling popular, pantas dan ekonomik untuk hantar kereta antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Apa laluan kapal RoRo di Malaysia untuk hantar kereta?

Laluan utama ialah Port Klang (Northport & Westport) ke Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak — termasuk laluan melalui Bintulu — serta laluan pulang dari Sabah/Sarawak ke Port Klang.

Berapa harga hantar kereta guna kapal RoRo?

Bermula RM1,950 untuk sedan (Port Klang → Kuching) dan RM2,195 (Port Klang → Kota Kinabalu). Senarai harga penuh ada di halaman destinasi; insurans marin wajib dan dikira berasingan.

Bila kapal RoRo berlepas?

Jadual pelayaran berubah mengikut syarikat perkapalan dan musim — rujuk halaman Jadual Kapal kami, yang dikemas kini secara automatik daripada jadual rasmi vendor.

Selamat ke hantar kereta dengan kapal RoRo?

RoRo ialah kaedah standard industri untuk kenderaan: kereta diikat kemas (lashing) di dek dan dikendalikan pemandu terlatih di kedua-dua pelabuhan. Insurans marin wajib melindungi sepanjang pelayaran.

Aliran Proses Platform

Langkah mudah dari tempahan hingga serahan.

1. Tempahan

Pelanggan layari website & hantar pesanan. Invois dikeluarkan.

2. Pembayaran

Bayaran deposit/penuh secara Online Transfer atau COD (tertakluk terma).

3. Serahan

Anda hantar ke Yard kami ATAU kami datang ambil (Door-to-Door).

4. Penghantaran

Kapal berlayar → Tiba di Port → Serahan kepada pelanggan.

PENTINGNYA INSURANS MARIN

Insurans Marin adalah pelan perlindungan yang melindungi kenderaan anda daripada risiko kerugian semasa proses pengangkutan melalui laut. Harga insurans ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan.

Risiko Dilindungi (Total Loss):

  • Kebakaran dan letupan.
  • Kapal terkandas, tersadai, tenggelam atau terbalik.
  • Kenderaan terbalik atau terbabas semasa dalam perjalanan.
  • Perlanggaran kapal dengan objek luaran.
  • Jettison (Pembuangan muatan semasa kecemasan).

Peringatan Penting:

Insurans Marin standard biasanya memberi perlindungan kepada kenderaan hanya sekiranya berlaku kerugian total (total loss) yang berpunca daripada kemalangan besar semasa tempoh pelayaran sahaja.

AMARAN: Calar, kemek, pecah, barangan peribadi dan aksesori kenderaan TIDAK dilindungi oleh insurans marin asas.

Untuk perlindungan tambahan (All-Risk), sila berunding dengan pegawai kami untuk sebut harga premium tambahan.