Soalan Lazim
Pusat Bantuan &
Pusat Bantuan &
Soalan Lazim
Jawapan lengkap untuk 18 soalan popular mengenai penghantaran kereta, dokumen, harga dan risiko.
18
Soalan Dijawab
3 Kategori
Logistik • Dokumen • Harga
24/7
WhatsApp Support
Soalan Lazim Penghantaran Kereta
Berapa lama masa penghantaran ke Sabah/Sarawak?
Secara purata, pelayaran mengambil masa 7 hingga 14 hari bergantung kepada destinasi. Pelayaran ke Kuching biasanya lebih cepat berbanding ke Tawau atau Sandakan. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada jadual kapal dan keadaan cuaca laut.
Adakah kereta saya diletakkan di tempat terbuka?
Untuk servis RoRo (Roll-on Roll-off), kenderaan anda diletakkan di dalam perut kapal yang tertutup dan berbumbung (seperti parkir bertingkat shopping mall). Ia terlindung dari air laut dan matahari. Jika anda memilih LCT (Barge), ia mungkin terdedah, tetapi kami jarang mengesyorkan LCT untuk kereta penumpang.
Bolehkah saya hantar kereta yang dah lowered/ubah suai?
Boleh, tetapi anda mesti memaklumkan kepada kami awal-awal. Kereta yang terlalu rendah (lowered) berisiko tersagat semasa naik/turun ramp kapal. Kami mungkin perlu menggunakan peralatan tambahan atau menasihatkan penggunaan kontena.
Adakah servis Door-to-Door disediakan?
Ya, kami menyediakan servis Door-to-Door. Kami akan menggunakan lori carrier (towing) untuk mengambil kereta di rumah anda di Semenanjung dan menghantarnya ke pelabuhan. Di destinasi, kami juga boleh mengatur penghantaran terus ke alamat rumah anda.
Bagaimana saya nak track lokasi kereta?
Kami akan memberikan update status secara berkala melalui WhatsApp atau emel. Anda akan dimaklumkan apabila: 1) Kereta diterima di yard, 2) Kereta dimuat naik ke kapal, 3) Kapal berlepas, 4) Kapal tiba, dan 5) Kereta sedia untuk diambil.
Adakah jadual kapal tetap setiap minggu?
Kebiasaannya ya, terdapat pelayaran mingguan dari Pelabuhan Klang. Namun, tarikh sebenar ('Estimated Time of Departure' - ETD) boleh berubah 1-2 hari bergantung kepada operasi pelabuhan. Kami akan berikan tarikh terkini semasa booking.
Apa dokumen yang wajib saya sediakan?
Dokumen wajib adalah: 1) Salinan Kad Pengenalan Pemilik, 2) Salinan Geran Kenderaan (VOC), 3) Surat Pelepasan Bank (jika ada loan). Jika pemilik tidak dapat hadir sendiri, surat wakil juga diperlukan.
Kereta saya masih ada loan bank, boleh hantar?
Boleh, SYARAT WAJIB adalah mendapatkan 'Surat Kebenaran Membawa Kenderaan ke Sabah/Sarawak' dari cawangan bank tempat anda buat pinjaman. Proses ini biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja bergantung kepada bank.
Boleh tak letak barang dalam kereta?
Pihak pelabuhan dan kastam melarang barang peribadi di dalam kenderaan RoRo atas faktor keselamatan. Hanya tayar spare, jack, dan tool kit dibenarkan. Jika anda berkeras meletakkan barang, ia adalah atas risiko sendiri (tiada insurans cover kehilangan barang).
Perlukah saya hadir semasa hantar kereta?
Tidak semestinya. Anda boleh wakilkan kepada sesiapa (keluarga/kawan) atau gunakan servis towing kami. Asalkan dokumen lengkap telah diserahkan kepada kami lebih awal.
Kereta company boleh hantar tak?
Boleh. Anda perlukan dokumen tambahan iaitu: 1) Salinan SSM Syarikat, 2) Surat Kebenaran Syarikat (Company Letterhead) yang ditandatangani oleh Pengarah, membenarkan kenderaan tersebut dihantar.
Berapa lama sebelum kapal jalan saya kena hantar kereta?
Kami sarankan hantar kereta ke yard sekurang-kurangnya 3-4 hari bekerja sebelum tarikh kapal berlepas. Ini untuk memberi masa bagi proses pemeriksaan kastam dan dokumentasi manifest kapal.
Apa beza harga RoRo dan Kontena?
RoRo jauh lebih murah (sekitar RM1600-RM2000 untuk sedan) kerana berkongsi ruang kapal. Kontena adalah eksklusif (sewa satu kotak besi), jadi harganya boleh mencecah 2-3 kali ganda lebih mahal, tetapi lebih selamat dan boleh bawa barang.
Insurans Marin tu cover apa?
Insurans Marin 'All-Risk' melindungi kenderaan anda daripada kehilangan total (kapal karam/terbakar) dan kerosakan fizikal yang berlaku semasa dalam jagaan kami. Perlindungan ini tertakluk kepada nilai pasaran kenderaan.
Kalau kereta calar masa sampai, macam mana?
Sila periksa kenderaan anda serta-merta semasa pengambilan di pelabuhan. Jika ada kerosakan baru yang tiada dalam laporan asal, ambil gambar dan maklumkan kepada petugas kami DI SITU JUGA. Tuntutan insurans perlu dibuat dengan bukti segera.
Ada caj tersembunyi tak?
Sebut harga kami adalah 'Nett' untuk Port-to-Port, merangkumi tambang laut, caj terminal, dan dokumentasi asas. Kos tambahan mungkin berlaku jika: 1) Anda lewat ambil kereta (storage fee), 2) Kereta tidak boleh start (non-runner fee), 3) Duti kastam (untuk kes tertentu).
Berapa deposit kena bayar?
Kami biasanya memerlukan pembayaran penuh atau deposit sekurang-kurangnya 50% semasa booking untuk lock slot kapal. Baki perlu dijelaskan sebelum Bill of Lading (BL) dikeluarkan.
Kereta roadtax mati boleh hantar?
Boleh hantar menggunakan kapal, TETAPI anda tidak boleh memandu kereta tersebut di jalan raya awam. Anda wajib menggunakan lori towing untuk hantar ke port dan ambil dari port. Risiko saman JPJ/Polis adalah tanggungan sendiri jika memandu tanpa roadtax.
Masih Perlukan
Bantuan?
Pegawai khidmat pelanggan kami sedia membantu anda 7 hari seminggu melalui WhatsApp.
Hantar Kereta Trading
SSM: 202603144686 (IP0626439-K)