Kapal RORO
(Roll-on/Roll-off) – Solusi penghantaran kenderaan paling efisien. Kereta dipandu masuk dan keluar dari kapal, disimpan di dek berbumbung yang selamat.
Kalkulator Kadar Segera
Semak harga terkini 2025 dalam masa 3 saat
Harga adalah anggaran kasar tertakluk kepada perubahan semasa surcaj bahan api (BAF) dan kekosongan slot. Untuk Jockey Drive, harga tertakluk kepada kondisi kenderaan (boleh jalan). Car Carrier tertakluk kepada jadual lori (3-7 hari bekerja).
Bagaimana RoRo Berfungsi?
Lihat simulasi pergerakan kenderaan anda.
Kereta disimpan di Vehicle Transit Centre (VTC) pelabuhan sebelum kapal tiba. Kawasan berpagar dan berkawal.
Pemandu profesional (Stevedores) memandu kereta masuk ke perut kapal melalui 'Ramp' khas.
Di destinasi, kereta dipandu keluar dan diletakkan di yard pelabuhan untuk serahan kepada pemilik.
Aliran Proses Platform
Langkah mudah dari tempahan hingga serahan.
1. Tempahan
Pelanggan layari website & hantar pesanan. Invois dikeluarkan.
2. Pembayaran
Bayaran deposit/penuh secara Online Transfer atau COD (tertakluk terma).
3. Serahan
Anda hantar ke Yard kami ATAU kami datang ambil (Door-to-Door).
4. Penghantaran
Kapal berlayar → Tiba di Port → Serahan kepada pelanggan.
PENTINGNYA INSURANS MARIN
Insurans Marin adalah pelan perlindungan yang melindungi kenderaan anda daripada risiko kerugian semasa proses pengangkutan melalui laut. Harga insurans ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan.
Risiko Dilindungi (Total Loss):
- Kebakaran dan letupan.
- Kapal terkandas, tersadai, tenggelam atau terbalik.
- Kenderaan terbalik atau terbabas semasa dalam perjalanan.
- Perlanggaran kapal dengan objek luaran.
- Jettison (Pembuangan muatan semasa kecemasan).
Peringatan Penting:
Insurans Marin standard biasanya memberi perlindungan kepada kenderaan hanya sekiranya berlaku kerugian total (total loss) yang berpunca daripada kemalangan besar semasa tempoh pelayaran sahaja.
Untuk perlindungan tambahan (All-Risk), sila berunding dengan pegawai kami untuk sebut harga premium tambahan.