Servis Kontena Eksklusif
Penyelesaian premium untuk penghantaran kenderaan anda. Kenderaan dimuatkan ke dalam kontena tertutup (Port-to-Port) untuk perlindungan maksimum daripada cuaca dan risiko luaran.
Kalkulator Harga Kontena
Masukkan butiran untuk melihat anggaran harga.
Kenapa Kenderaan Mewah WAJIB Guna Kontena?
Untuk kereta bernilai tinggi, supercar, dan klasik, risiko calar atau pendedahan cuaca adalah perkara serius. Kontena memberikan perlindungan mutlak.
Risiko Rendah
Sifar risiko calar akibat pergeseran dengan kenderaan lain seperti di dek RoRo.
Ruang Tertutup
Terlindung sepenuhnya dari air masin laut, hujan panas, dan debu pelabuhan.
Rekod Bergambar
Proses stuffing (masuk) dan unstuffing (keluar) direkodkan dengan gambar detail.
Sekuriti Ketat
Kontena dikunci dan di-seal (patri). Tiada akses pihak luar sepanjang perjalanan.
Proses Penghantaran Kontena
Booking & Jadual
Sahkan slot kapal dan tarikh stuffing.
Hantar ke Yard
Kereta dihantar ke yard untuk pemeriksaan.
Proses Stuffing
Kereta dimasukkan & diikat (lashing) dalam kontena.
Pelayaran
Kontena dimuat naik ke kapal dan berlayar.
Unstuffing
Tiba destinasi, kereta dikeluarkan dari kontena.
Serahan
Kereta sedia diambil oleh pemilik/wakil.
Pickup/Delivery
Pengambilan di gudang atau hantar ke rumah.
Selesai
Proses selesai dengan selamat.
Notis Penting & Larangan
Pengubahsuaian
- Sila maklumkan jika kenderaan telah diubah suai (bodykit, lowered).
- Pengubahsuaian ekstrem mungkin menjejaskan proses stuffing/unstuffing.
- Kenderaan mesti dalam keadaan boleh bergerak (running condition).
Barangan Peribadi
- DILARANG: Makanan, Barangan Elektrik, Minuman Beralkohol.
- DILARANG: Tumbuhan, Ubat-ubatan, Bahan Mudah Terbakar.
- Barang peribadi lain boleh dimuatkan tapi perlu diisytiharkan (Caj tambahan RM300/set mungkin dikenakan untuk declaration).
Insurans Marin & Transit
Untuk kenderaan Premium, Hybrid & Elektrik, perlindungan Insurans Marin adalah WAJIB. Kadar: (Nilai Kargo + 10%) x 0.2%.