Insurans Marin All-Risk

Penghantaran kenderaan melalui laut mempunyai risiko tersendiri. Kami menyediakan pilihan perlindungan insurans marin untuk ketenangan minda anda.

Perlindungan Asas (Standard)

Total Loss Only

Biasanya termasuk dalam pakej asas. Hanya melindungi jika kenderaan musnah sepenuhnya (kapal karam/terbakar).

  • Kapal Karam / Tenggelam
  • Kebakaran Besar di Kapal
  • Calar & Kemek Kecil
  • Kehilangan Aksesori
DISARANKAN

Perlindungan Menyeluruh

All-Risk Coverage

Perlindungan tambahan dengan premium (sekitar 1.5% - 2.0% nilai kereta). Melindungi kerosakan fizikal semasa transit.

  • Semua Faedah Total Loss
  • Kerosakan Fizikal (Kemek/Pecah)
  • Cermin Pecah Semasa Transit
  • Kecurian Kenderaan

Apa Yang TIDAK Dilindungi?

Walaupun anda mengambil insurans All-Risk, terdapat pengecualian standard (exclusion clause) dalam polisi marin:

  • Barangan Peribadi: Sebarang barang (baju, beg, elektronik) yang diletakkan dalam kereta adalah atas risiko sendiri. Insurans tidak cover kehilangan barang peribadi.
  • Kerosakan Mekanikal: Kerosakan enjin, gearbox, atau bateri yang bukan berpunca daripada kemalangan luaran tidak dilindungi.
  • Kecatatan Sedia Ada: Kerosakan (calar/kemek) yang telah direkodkan dalam borang pemeriksaan (Vehicle Condition Report) sebelum serahan.

Cara Pengiraan Premium

Premium All-Risk dikira berdasarkan Sum Insured (Nilai Semasa Pasaran Kenderaan).
Rumus: (Nilai Kereta + Kos Tambang) x Kadar Premium (1.5% - 2.0%)

Dapatkan Sebut Harga Insurans